Kisah Fatimah Binti Al Khattab
Kisah
Fatimah bint Al-Khattab adalah kisah yang masyhur. Setiap kali kita
mendengar kisah pengislaman Saidina Umar Al-Khattab r.a, maka setiap
kali itu kita akan mendengar nama beliau. Bila mana nama suaminya –
Saeed bin Zaid –salah seorang sahabat yang dijamin syurga, nama beliau
akan turut kedengaran. Ketika dikisahkan nama Khabbab bin Al-Arat –
sahabat yang terkenal sebagai pengajar atau murabbi, namanya juga lah
yang bakal menjadi sebahagian topik penceritaan.
Tatkala
sirah mengenai surah Taha dilipurkan, waktu itu lah kita akan mengenang
kisah Fatimah Al-Khattab. Seolah-olah ada suatu hubungan kimia antara
surah Taha yang dibacakan, dengan kisah keberanian Fatimah Al-Khattab –
maka seindah itu lah kita mengenang hikayat pengislaman Umar Al-Khattab
yang keislamannya menjadi perisai, sehingga disifatkan oleh Abdullah ibn
Mas’ud sebagai :
“Kami senantiasa berada dalam kejayaan semenjak Umar bin Khattab masuk Islam.”
Fatimah
Al-Khattab adalah wanita yang berjiwa bersih, selamat dari sebarang
jahiliyyah semasa. Dengan izin Allah s.w.t, Fatimah yang ketika itu
telah memeluk Islam, telah disatukan dengan Sa’eed bin Zaid – seorang
sahabat yang hebat, juga bersih jiwanya. Maka perkahwinan mereka ketika
itu, berhasil mewujudkan sebuah lagi rumah dakwah yang menjadi batu asas
kepada pembinaan Islam dalam kalangan masyarakat Quraish.
Oleh sebab saat itu adalah saat yang agak genting bagi pengikut agama Muhammad s.a.w, maka kebanyakan para sahabat diminta merahsiakan aktiviti dan juga keislaman mereka sendiri dari pengetahuan puak kafir Quraisy. Salah satunya, adalah rumah yang didiami Fatimah bint Al-Khattab dan Sa’eed.
Oleh sebab saat itu adalah saat yang agak genting bagi pengikut agama Muhammad s.a.w, maka kebanyakan para sahabat diminta merahsiakan aktiviti dan juga keislaman mereka sendiri dari pengetahuan puak kafir Quraisy. Salah satunya, adalah rumah yang didiami Fatimah bint Al-Khattab dan Sa’eed.
Khabbab
ibn Al-Arat, yang diriwayatkan telah menjadi naqib kepada Fatimah dan
Sa’eed, akan mendatangi rumah mereka secara senyap-senyap untuk
mengajarkan mereka bacaan al-Quran. Quran yang pada masa itu masih lagi
dalam berbentuk lembaran, diajarkan satu persatu kepada Fatimah, dalam
keadaan abangnya, ‘Umar, belum mengetahui keislaman beliau.
Ditakdirkan
suatu hari, Umar Al-Khattab berhajat untuk membunuh Muhammad s.a.w,
pembawa ajaran baru di Tanah Arab yang menjadi perbualan hangat
masyarakat setempat. Dengan mengheret pedangnya yang berat, dia
mengusung perasaan marah dan benci terhadap Baginda s.a.w sebelum
ditegur oleh beberapa orang Quraish di jalanan. Mereka mencela Umar,
daripada hendak membunuh Muhammad s.a.w, lebih baik lah dia uruskan
dahulu adik perempuannya yang telah menjadi pengikut Muhammad.
Umar terkejut. Tak buang masa lagi, dia menghampiri rumah Fatimah Al-Khattab yang kebetulan pada masa itu.. Fatimah sedang membacakan ayat suci Al-Quran. Dihentaknya pintu, dan ditanyakan kepada Fatimah, apakah bunyi bacaan yang didengarinya dari luar tadi?
Umar terkejut. Tak buang masa lagi, dia menghampiri rumah Fatimah Al-Khattab yang kebetulan pada masa itu.. Fatimah sedang membacakan ayat suci Al-Quran. Dihentaknya pintu, dan ditanyakan kepada Fatimah, apakah bunyi bacaan yang didengarinya dari luar tadi?
Kelam kabut juga Fatimah, Sa’eed dan Khabbab menyorokkan lembaran
al-Quran, agar tak diketahui Umar. Benar lah bagai dikata orang
sekeliling, abangnya pembenci Islam..tapi adik sendiri sudah menjadi
pengikut tegar Islam. Sedikit pertelingkahan antara Umar dan Khabbab
telah berlaku, dan akhirnya dengan keberanian seorang wanita, Fatimah
tampil menghadang Umar dari terus menyakiti suaminya. Fatimah telah
ditampar oleh Umar sehingga berdarah.
Peristiwa itu telah membuatkan Umar yang keras hati, terdiam. Hidayah
Allah telah tiba di hati Umar. Dan Fatimah adalah sebabnya. Andai
Fatimah hari itu tak diteguhkan hati untuk menghadapi Umar, manakan
cerita kehebatan Islam hari ini akan didengari.
Setelah membersihkan diri dan diajarkan syahadah, Umar Al-Khattab lah
yang menjadi pembela paling kuat agama Islam. Jasa Fatimah Al-Khattab
tak selayaknya dilupakan.