15 Cara Untuk Mengembangkan Rasa dan Sifat Sabar
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai
masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan
perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak
perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah
keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati
anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil
peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk
kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat
memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya
untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa
anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda
boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk
mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya
mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia
berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka
membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri
kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak
menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat
berubah-rubah diri anda itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya
kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup,
terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan
dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang
sabar.