Biografi Imam Hanafi
Imam Abu Hanifah yang dikenal dengan
dengan sebutan Imam Hanafi bernama asli Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit
Al Kufi, lahir di Irak pada tahun 80 Hijriah (699 M), pada masa
kekhalifahan Bani Umayyah Abdul Malik bin Marwan. Beliau digelari Abu
Hanifah (suci dan lurus) karena kesungguhannya dalam beribadah sejak
masa kecilnya, berakhlak mulia serta menjauhi perbuatan dosa dan keji.
dan mazhab fiqhinya dinamakan Mazhab Hanafi. Gelar ini merupakan berkah
dari doa Ali bin Abi Thalib r.a, dimana suatu saat ayahnya (Tsabit)
diajak oleh kakeknya (Zauti) untuk berziarah ke kediaman Ali r.a yang
saat itu sedang menetap di Kufa akibat pertikaian politik yang
mengguncang ummat islam pada saat itu, Ali r.a mendoakan agar keturunan
Tsabit kelak akan menjadi orang orang yang utama di zamannya, dan doa
itu pun terkabul dengan hadirnya Imam hanafi, namun tak lama kemudian
ayahnya meninggal dunia.
Pada masa remajanya, dengan segala
kecemerlangan otaknya Imam Hanafi telah menunjukkan kecintaannya kepada
ilmu pengetahuan, terutama yang berkaitan dengan hukum islam, kendati
beliau anak seorang saudagar kaya namun beliau sangat menjauhi hidup
yang bermewah mewah, begitu pun setelah beliau menjadi seorang pedagang
yang sukses, hartanya lebih banyak didermakan ketimbang untuk
kepentingan sendiri.
Disamping kesungguhannya dalam menuntut
ilmu fiqh, beliau juga mendalami ilmu tafsir, hadis, bahasa arab dan
ilmu hikmah, yang telah mengantarkannya sebagai ahli fiqh, dan
keahliannya itu diakui oleh ulama ulama di zamannya, seperti Imam
hammad bin Abi Sulaiman yang mempercayakannya untuk memberi fatwa dan
pelajaran fiqh kepada murid muridnya. Keahliannya tersebut bahkan
dipuji oleh Imam Syafi’i ” Abu Hanifah adalah bapak dan pemuka seluruh
ulama fiqh “. karena kepeduliannya yang sangat besar terhadap hukum
islam, Imam Hanafi kemudian mendirikan sebuah lembaga yang di dalamnya
berkecimpung para ahli fiqh untuk bermusyawarah tentang hukum hukum
islam serta menetapkan hukum hukumnya dalam bentuk tulisan sebagai
perundang undangan dan beliau sendiri yang mengetuai lembaga tersebut.
Jumlah hukum yang telah disusun oleh lembaga tersebut berkisar 83 ribu,
38 ribu diantaranya berkaitan dengan urusan agama dan 45 ribu lainnya
mengenai urusan dunia.
Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.
Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam
berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah
kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti
betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu
hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan
hikmah.
Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah
yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan
amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi
mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang
berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.
Sifat keberanian beliau adalah berani
menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut
sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya
itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan
mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak
dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan
merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik
yang ada di tempat tersebut
Sebahagian dilukiskan dalam sebuah
hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang
didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang
yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat.
Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu
tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa.
Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan
orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka
semuanya akan selamat.
Sifat Imam Hanafi yang lain adalah
menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia
menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari
penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam
penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.
Gubernur di Iraq pada waktu itu berada
di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat
mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah
kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat
menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi
pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi
tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu
kepadanya, namun tetap ditolaknya.
Pada waktu yang lain Gabenor Yazid
menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid
tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam
Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh
kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera.
Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi
menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang
ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.”
Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.
Pada suatu hari Yazid memanggil para
alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka
istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi
Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka,
masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.
Ketika itu gabenor menetapkan Imam
Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah
bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam
memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak
menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”
Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam
Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia
tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam
urusan negara.
Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap
oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu,
dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14
kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu
gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap
lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera
sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan
pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali
cambukan.
Walaupun demikian ketika Imam Hanafi
diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada
hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50
tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad.
Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua
tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari
keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu
Abbas as Saffah.
Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas
meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi
Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu
Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum
sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat
menyelesaikan sesuatu persoalan.
Suatu hari Imam Hanafi mendapat
panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap
ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda
menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah
seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak
kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih
kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”
Kerana ia masih tetap menolak, maka
diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan
ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di
Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi
Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi
mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi
Laila pun dilarang memberi fatwa.
Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan
dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap
menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan
seperti ini?”
Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”
Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta,
kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi:
“Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya
benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan
itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang
maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan
rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”
Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar
Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu
Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah
mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki
pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat
pelantikan tersebut.
Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi
kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota.
Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia
diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja
yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali
deraan.
Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi
Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke
Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula
berusaha melarikan diri.
Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah
dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100
kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau
dikalung dengan rantai besi yang berat.
Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda
untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya
segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum
air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara.
Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia
berusia 70 tahun.
Imam Hanafi menolak semua tawaran yang
diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana
beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan.
Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama
mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga
meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka
berikan.
Sepanjang riwayat hidupnya, beliau tidak
dikenal dalam mengarang kitab. Tetapi madzab beliau Imam Abu Hanifah
atau madzab Hanafi disebar luaskan oleh murid-murid beliau. Demikian
juga fatwa-fatwa beliau dituliskan dalam kitab-kitab fikih oleh para
murid dan pengikut beliau sehingga madzab Hanafi menjadi terkenal dan
sampai saat ini dikenal sebagai salah satu madzab yang empat. Di antara
murid beliau yang terkenal adalah Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani,
yang merupakan guru dari Imam Syafi’i.
Metode yang digunakan dalam menetapkan hukum (istinbat) berdasarkan pada tujuh hal pokok :
1. Al Quran sebagai sumber dari segala sumber hukum.
2. Sunnah Rasul sebagai penjelasan terhadap hal hal yang global yang ada dalam Al Quran.
3. Fatwa sahabat (Aqwal Assahabah) karena mereka semua menyaksikan turunnya ayat dan mengetahui asbab nuzulnya serta asbabul khurujnya hadis dan para perawinya. Sedangkan fatwa para tabiin tidak memiliki kedudukan sebagaimana fatwa sahabat.
4. Qiyas (Analogi) yang digunakan apabila tidak ada nash yang sharih dalam Al Quran, Hadis maupun Aqwal Asshabah.
5. Istihsan yaitu keluar atau menyimpang dari keharusan logika menuju hukum lain yang menyalahinya dikarenakan tidak tepatnya Qiyas atau Qiyas tersebut berlawanan dengan Nash.
6. Ijma’ yaitu kesepakatan para mujtahid dalam suatu kasus hukum pada suatu masa tertentu.
7. ‘Urf yaitu adat kebiasaan orang muslim dalam suatu masalah tertentu yang tidak ada nashnya dalam Al Quran, Sunnah dan belum ada prakteknya pada masa sahabat.
1. Al Quran sebagai sumber dari segala sumber hukum.
2. Sunnah Rasul sebagai penjelasan terhadap hal hal yang global yang ada dalam Al Quran.
3. Fatwa sahabat (Aqwal Assahabah) karena mereka semua menyaksikan turunnya ayat dan mengetahui asbab nuzulnya serta asbabul khurujnya hadis dan para perawinya. Sedangkan fatwa para tabiin tidak memiliki kedudukan sebagaimana fatwa sahabat.
4. Qiyas (Analogi) yang digunakan apabila tidak ada nash yang sharih dalam Al Quran, Hadis maupun Aqwal Asshabah.
5. Istihsan yaitu keluar atau menyimpang dari keharusan logika menuju hukum lain yang menyalahinya dikarenakan tidak tepatnya Qiyas atau Qiyas tersebut berlawanan dengan Nash.
6. Ijma’ yaitu kesepakatan para mujtahid dalam suatu kasus hukum pada suatu masa tertentu.
7. ‘Urf yaitu adat kebiasaan orang muslim dalam suatu masalah tertentu yang tidak ada nashnya dalam Al Quran, Sunnah dan belum ada prakteknya pada masa sahabat.
Karya besar yang ditinggalkan oleh Imam Hanafi yaitu Fiqh Akhbar, Al ‘Alim Walmut'allim dan Musnad Fiqh Akhbar.