Peristiwa Isra’ Mi’raj Rasulullah SAW
“Maha Suci Allah yang menjalankan
hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke
Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar lagi maha mengetahui.” –
Al Isra’
Berdasarkan banyak hadis – hadis
mengenai peristiwa Isra’ Mi’raj, para ulama meringkaskan peristiwa
Isra’ Mi’raj sebagai berikut;
RASULULLAH saw mengalami pembedahan
dada / perut, dilakukan oleh Jibril, Mika`il dan satu malaikat yang
lain. Hati Baginda saw. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
(‘alaqah) yaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah saw.
Selesai pembedahan, didatangkan
binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar
biasa yang dinamakan “Isra’ ”
Isra’ (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsa):Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah saw. diiringi (ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat- tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat- tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, yaitu tempat nabi Musa as berbicara (munajat) dengan Allah dan Baitul-Laham (tempat nabi ‘Isa a.s dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga baginda
Rasulullah saw. menghadapi gangguan jin ‘Ifrit dengan api jamung dan
dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya : Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman
mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-
olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Raslulullah saw
dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang
digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga
gandaan yang lebih banyak.Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw.
diberitahu oleh Jibril a.s : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir
rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi
yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh
Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui
Fir’aun sebagai tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan
kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril
meberitahu Rasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
untuk sujud (sembahyang).Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan
mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata
Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta
mereka.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang
busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril:
Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan
perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.Lelaki yang
berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah
orang yang makan riba`.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu
dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata
Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih
menerima amanah yang lain.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan
bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali
digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril:
Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri
tidak melakukannya. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan
kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging
manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan)
orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar
dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata
Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian
menyesal, tapi sudah terlambat.Seorang perempuan dengan dulang yang
penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah
orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
Tiba di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw.
turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan
sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum.
Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang
berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata
Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Mi’raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan mi’raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Didatangkan mi’raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama:Rasulullah saw. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s.
Langit Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu
masuk dan bertemu dengan nabi ‘Isa a.s dan nabi Yahya a.s.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi.
Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,
termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan
nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma’mur
dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim
a.s. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA
QUWWATA ILLA BILLAH”.
Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda,
“Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA
LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang
membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.
Setelah melihat beberapa peristiwa lain
yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan
sholat. (Baitul- Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kedelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan
dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam
nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang
lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, yaitu lelaki di dunia yang
lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid
dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga Kesepuluh:Baginda Rasulullah
sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul- Arbab lalu dapat bertemu
Allah Subhanahu wa Taala, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog
antara Allah dan Muhammad, Rasul- Nya: Allah S.W.T: Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T Angkatlah kepalamu dan bermohonlah,
Kami perkenankan. Rasulullah Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim
sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau
berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan
dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang
tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman
menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat
dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang
sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya
daripada syaitan.
Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai
kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran
kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu
sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada
hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku
kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir
surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku
berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka
Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan
atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di
bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s.
menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan
kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah
perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan
mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mi’raj:Rasulullah saw. turun ke
langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu
menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini Baginda saw. bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peistiwa Isra’-Mi’raj yang amat ajaib
itu
(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu a’lam.
Kisah Isra’ – Mi’raj
Nabi Muhammad SAW selalu menarik perhatian terutama bagi saintis.
Berbagai macam disiplin ilmu pengetahuan digali untuk menyingkap
misteri disekitar perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam hari dari
Masjidil Haram sampai Masjidil Aqsa, perjalanan beliau yang dinamai
Isra’.
Demikian pula perjalanan Beliau dari
Masjidil Aqsa dengan naik tangga ke langit pertama, kedua dan
seterusnya, sampai langit ke tujuh kemudian ke Shidratul Muntaha
perjalanan Beliau yang dinamai Mi’raj. Ada dua hal yang bisa
dipermasalahkan.
Pertama apakah perjalanan Isra’ dan Mi’raj yang Beliau jalani dengan badan dan ruh atau dengan ruh Beliau saja ?.
Kedua, dimana letak tujuh lapis langit
yang Beliau harungi ?. Apakah itu di sistem tata surya kita dengan
planet – planet Merkurius, Venus, Mars, Yupiter, Saturnus, Uranus,
Neptunus, Pluto ? atau diluar sistem tata surya kita, atau di galaksi
kabut susu, atau di galaksi yang lain, misalnya di galaksi Andromeda.
Ataukah sama sekali di luar alam semesta yang kita hayati ini ?
Sebagian besar umat Islam berpendapat,
bahwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW dilaksanakan dengan ruh dan
badan. Alasan mereka ialah, bahwa Rasulullah SAW menceritakan kisah itu
tidak menyebut – nyebut, bahwa Beliau melakukan perjalanan itu hanya
dengan ruh.
Dan seandainya itu melakukan perjalanan
itu dengan ruh saja, niscaya orang – orang kafir tidak mempersoalkan
jarak yang demikian jauh dapat dilakukan kurang dari satu malam.
Sebagian umat berpendapat, bahwa Rasulullah SAW melakukan perjalanan
Isra’ dan Mi’raj dengan ruh Beliau, sedang badan Beliau tetap di
Mekkah. Mereka berpendapat orang dapat mengeluarkan ruh dari badannya.
Memang ada dikemukakan kasus – kasus
seperti itu. meskipun cerita – cerita tentang orang yang dapat
mengeluarkan badan ruhaninya atau badan halusnya dari badan jasmaninya
tercatat beberapa macam, tetapi kebenaran cerita – cerita itu masih
belum sampai pada penelitian ilmiah yang dapat dipercaya dalam dunia
sains.
Antara lain suatu kisah tentang orang
yang mengalami operasi. Ketika dibius, dia merasa ringan dan terbang
keatas. Dia melihat badan jasmaninya mengalami operasi. Ruh yang sudah
keluar dari jasmani kasar melayang keluar rumah sakit sampai pada
kompleks pertokoan. Di situ dia melihat seorang kawan sedang berhenti
berjalan di muka toko sepatu dan melihat – lihat di etalase. Ruh itu
kemudian terbang kembali memasuki jasmani kasarnya. Ketika di cek,
kawan yang dilihat berdiri di muka toko sepatu itu cocok dengan
pengamatannya, yakni hari, dan waktunya. Ini dianggap suatu bukti bahwa
badan halus mampu keluar dari badan kasarnya.
Wallahu’alam bish shawab.
Langit yang Tujuh Lapis
Masalah yang kedua menyangkut tempat
Rasulullah SAW melakukan Mi’raj ke langit pertama, kedua, ketiga,
sampai langit ke tujuh, bahkan kemudian naik sampai ke Shidratul
Muntaha. Perkembangan ilmu astronomi sudah sampai kepada wujudnya
galaksi – galaksi selain galaksi kabut susu tempat system tata surya
kita.
Interpretasi mengenai tempat Mi’raj Nabi
Muhammad SAW mengalami kebingungan. Bila dikatakan Nabi Muhammad SAW
hanya mengarungi planet Pluto, yakni planet yang posisinya paling jauh
dari matahari, itu terlampau dekat bagi perjalanan Mi’raj, sebab jagad
raya kita terdiri dari galaksi – galaksi yang banyak sekali lalu mana
itu Tujuh Lapis Langit yang di harungi oleh Rasulullah SAW bersama –
sama malaikat Jibril a.s ?
Kini perkembangan astronomi lebih maju
lagi. Dengan teori grup matematika yang beroperasi didalam ruang yang
berdimensi sebelas, empat diantaranya dimensi ruang waktu yang kita
alami, ditemukan bahwa terdapat kemungkinan adanya shadow world atau
alam bayangan itu tidak mesti sama dengan apa yang ada di alam kita
ini.
Bahkan kita dapat menghubunginya lewat
medan gravitasi. Teori ini masih berkembang yang memerlukan pengkajian
secara eksperimental.
Sikap Seorang Muslim
Setiap orang muslim yang mempercayai
Allah dan Rasulnya pasti mempercayai kisah Isra’ dan Mi’raj yang
bersumber dari Al qur’an dan Sunah Shohihah. Adapun Interpretasi
tentang kisah tersebut bervariasi. dan setiap muslim berhak memilih
macam variasinya yang dimantapinya. Orang yang mantap berpendapat bahwa
Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW dijalani dengan ruh dan badan tidak
menganggap orang yang berpendapat bahwa dengan ruh saja sudah termasuk
kafir. Tidak demikian ! Sebab soal tersebut tidak termasuk soal prinsip
yang menyebabkan kekufuran.
Artikel ini juga tidak bermaksud untuk
membuat pembaca nan budiman menjadi bingung, tak tahu mana yang paling
benar dari berbagai macam variasi interpretasi. Bahkan hendaknya setiap
muslim selaku ulul albab, yakni yang dianugerahi oleh Allah SWT
intelegensi akal fikiran ikut memikirkan interpretasi – interpretasi
tersebut, mengadakan koreksi, merevisi, dan bila mampu melakukan
inovasi. Kebenaran mutlak ada pada sisi Tuhan dan tidak berubah, juga
tidak terpengaruh oleh adanya berbagai macam interpretasi yang mungkin
berubah – ubah menurut perkembangan pemikiran manusia.
‘Ala kulli hal, kita meyakini kisah
Isra’ dan Mi’raj sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam Surat Al –
Isra’ ayat 1 dan dituturkan oleh Rasulullah SAW dalam hadits – hadits
shahih. Adapun tampat Beliau menjalani Mi’raj, ilmu pengetahuan sampai
kini belum menemukan keterangan yang qath’I atau pasti. Allah yang
paling mengetahui.
Adapun dengan ruh saja atau dengan badan
dan ruh, jumhur ulama berpendapat bahwa Rasulullah SAW menjalani
perjalanan Isra’ dan Mi’raj dengan badan dan ruh. Wallahu a’lam..