Perputaran Ilmu ( Da'iratul Ulum ), Benarkah Barat Yang Mencuri Ilmu Orang Islam ?

Sebahagian pasca modernis yang suka mengkaji dan membaca bahan bacaan dari barat dan para reformis telah tersilap dalam menghukum golongan tradisionalis (Turathi/Talaqi/Pondok) merupakan golongan yang jumud, mundur dan kolot sepertimana era kurun pertengahan(al-Qurun al-Wusta/Middle Ages) yang lalu. Sedangkan golongan konservatif dan tradisionalis yang jumud dan mundur di kurun pertengahan itu adalah merujuk kepada apa yang berlaku di Eropah (zaman kegelapan eropah/ Dark Ages), bukannya di negara Islam! Sebaliknya bagi umat Islam, kurun pertengahan itulah zaman kemajuan dan kegemilangan Islam.. Zaman Islam menjadi antara pusat tamadun, dan ilmu dunia!! (Diadaptasi dari kalam al-Allamah Ali Tantawi r.a dalam 'Fusul Islamiyah')

Ya, disebabkan ulama Islam di zaman tersebut benar-benar mengkaji, mendalami dan mengaplikasikan turath para ulama sebelum mereka, serta menjadikan teori-teori ilmiah yang telah disingkap ulama sebelum mereka menjadi praktikal, negara menjadi sangat maju dan produktif. Umat Islam menjadi sangat unggul..

Namun doktrin licik dari barat ini telah menyebabkan kita berfikiran begitu agar kita tidak akan membangun dan hanya bergantung hasil dan pemberian dari kemajuan mereka, seolah-olah merekalah bapa kemajuan dunia ini, sedangkan merekalah yang mengambil ribuan manuskrip turath agung peninggalan ulama kita, mengkajinya, mengembangkannya dan mengaplikasikannya di negara mereka, sepertimana berlaku pada kitab-kitab Imam ar-Razi yang dikaji dan digunakan Descartes untuk menyebarkan teori dan pemikiran yang berjaya membangunkan sistem 'Think Tanks' yang unggul di Eropah, begitu juga kitab 'Mu'id an-Ni'am Wa Mubid an-Niqam' karya Imam as-Subki yang dikaji dan dikembangkan barat dalam bidang 'Professional Psychology'.

Nak kata mereka mencuri ilmu ulama Islam, tak boleh pula kerana bak kata Syaikhuna Dr Amru Wirdani, ianya merupakan putaran ilmu yang mungkin pertamanya disingkap ulama Yunan/Greek, India, Cina, atau ulama Islam, kemudian diambil pula oleh Eropah dan Barat, dan mana tahu sampai masanya akan kembali kepada kita kembali pula.. Bagi Syaikh, tiada istilah 'mencuri ilmu' sebaliknya ia adalah 'putaran ilmu' (Da'iratul Ulum).

Sebab itu, sebagai khulasah, di zaman ini sangat penting untuk kita kembali ambil berat akan turath-turath ulama Islam kita yang sedia ada, apatah lagi yang masih banyak belum dikaji dan dibiar tinggal di pusat-pusat manuskrip,. Namun sebelum itu wajiblah untuk kita punya keahlian untuk membaca ibarat dan mengkajinya dengan kefahaman yang betul sepertimana yang dikehendaki penulisnya dahulu melalui guru dan talaqqi, kemudian setelah itu, barulah kita kembangkan teori yang kita kaji hingga menjadi praktikal dalam berkhidmat kepada agama, negara dan ummah menuju wawasan Daulah Islamiyyah yang gemilang dan terbilang..insyaAllah Ta'ala..
 
Penulis: Alfaqir 'Azzam
My Libraries

Jasa Design Website Aceh

My Libraries

Jasa Design Website Aceh

To Top